PELAKON terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu. Memetik laporan Hindustantimes, sehingga kini masih tiada lagi pengesahan daripada pihak Shah Rukh Khan itu sendiri. Berita ini diumumkan oleh Perdana Menteri Benggala Barat, Mamata Banerjee yang mendoakan kesejahteraan supaya cepat sembuh di ciapan Twitter miliknya, baru-baru ini. "Baru dapatt berita bahawa Shah Rukh Khan disahkan positif Covid-19. Saya mendoakan semoga pelakon ini segera pulih. Cepat sembuh Shah Rukh Khan!" tulisnya. Ciapan tersebut masih lagi belum ada tindak balas dan tiada pengesahan dari pihak pelakon filem Dilwale itu. Selain suami kepada Gauri Khan ini, beberapa selebriti Bollywood juga terkesan dengan Covid-19 iaitu Katrina Kaif yang baru sahaja selesai menjalani kuarantin. Katrina Kaif perlu membatalkan penggambaran filem terbarunya berjudul Merry Christmas. Dalam filem itu, dia memainkan watak bersama Vijay Sethupathi dan berkolaborasi dengan Sriram Raghavan. Selain itu, Katrina juga tidak menghadirkan diri ke Anugerah Akademi Filem Antarabangsa India (IIFA) 2022 dimana suaminya, Vicky Kaushal memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk watak Sardar Udham. Kartik Aaryan juga disahkan positif Covid-19 sehari selepas berita tentang Shah Rukh dan Katrina diumumkan. Turut terkesan, pelakon Aditya Roy Kapur juga terkena serangan Covid-19 ini juga namun masih belum disahkan oleh pihaknya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI