suria

Adik kesal Amber Heard gagal perjuang kebenaran, kagum kakak wakil suara wanita teraniaya

Whitney anggap kakaknya, Amber berani bersuara.

SEBAGAI seorang adik, Whitney Henriquez akan sentiasa mempertahankan kakaknya iaitu pelakon Amber Heard biarpun aktres itu kalah dalam perbicaraan kes fitnah bekas suami, aktor Johnny Depp.

Menerusi laman Instagram, Whitney tetap berbangga dengan Amber yang berani menyuarakan pemderitaan yang dialami walaupun mengetahui kes itu sukar untuk dimenangi.

"Saya tetap akan pertahankan awak, sissy (kakak). Semalam, hari ini dan esok, saya akan sentiasa bangga dengan awak yang pertahankan diri, beri keterangan di Virginia dan UK.

"Dan menjadi suara untuk ramai orang yang tidak dapat bersuara tentang apa yang berlaku di sebalik pintu tertutup. Kita tahu bahawa ini akan menjadi perjuangan yang sukar dan ia disusun menentang kami.

"Tetapi awak berdiri dan bersuara. Saya sangat berbesar hati untuk memberi keterangan untuk awak, dan saya akan melakukannya berjuta kali ganda kerana saya tahu apa yang saya lihat dan kerana kebenaran selama-lamanya di pihak awak," katanya.

Johnny Depp dan Amber Heard contoh terbaik pasangan terlibat dalam toxic relationship.

Amber diarahkan untuk bayar anti rugi RM65 juta kepada Johnny.

Pada Khamis lalu, juri di sebuah mahkamah di Faifax, Virginia mendapati Amber membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh bekas suaminya, Johnny Depp.

Juri memutuskan Amber membayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta) kepada bekas suaminya itu.

Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat.

Dalam pada itu, Whitney mengakui biarpun berasa kesal kerana gagal memperjuangkan kebenaran mengenai kakaknya namun dia tetap tidak akan berputus asa.

"Saya sangat kesal kerana ia tidak ditunjukkan dalam keputusan yang dibuat oleh juri ini, tetapi saya tidak akan berputus asa dengan awak, dan begitu juga sesiapa yang menyokong anda. Selamanya di sisi kamu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain