suria

Ezra Miller buat hal lagi, didakwa bekal dadah kepada remaja bawah umur

Miller beri pengaruh buruk kepada remaja bawah umur.

PELAKON Ezra Miller sekali lagi buat hal. Kali ini dia didakwa memberi pengaruh buruk terhadap seorang remaja perempuan yang dikenali sejak tahun 2016.

Memetik laporan TMZ, ibu bapa kepada remaja bernama Tokata Iron Eyes itu membuat permohonan mahkamah agar pelakon The Flash itu tidak mendekati anaknya.

Hubungan Miller dan Tokata bermula apabila mereka bertemu di North Dakota ketika Tokata masih berusia 12 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon The Flash, Ezra Miller ditahan lagi, kali ini sebab mengamuk tiba-tiba

Pada 2017, Miller telah membawa Tokata terbang ke London bagi melawat lokasi penggambaran Fantastic Beasts and Where to Find Them.

Sepanjang hubungan mereka, Miller dikatakan telah menjadi pembekal bahan terlarang seperti minuman beralkohol dan dadah jenis ganja.

Sementara itu, hubungan mereka turut memberi kesan terhadap pendidikan Tokata sehingga sanggup menamatkan pengajian di sebuah institusi pendidikan swasta pada tahun 2021.

Awal tahun lalu, ibu bapa Takota menemui kesan lebam pada bahagian tubuh Takota selepas dia meluangkan masa bersama Miller di kediaman pelakon tersebut.

Dalam permohonan yang dibuat oleh ibu bapa Takota, mereka mendakwa Miller atas kesalahan menggunakan keganasan, pengaruh buruk dan ancaman keganasan.

Kes tersebut dijangka akan dibicarakan di mahkamah bulan Julai ini.

Untuk rekod, pada hujung Mac lalu, Miller ditahan polis atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam di sebuah pusat hiburan dan sebulan kemudian dia sekali lagi ditahan kerana menimbulkan kekecohan di sebuah majlis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ezra Miller, The Flash

Artikel Lain