suria

Camille Vaquez ulas dakwaan ada hubungan dengan Johnny Depp, tegaskan bercinta dengan klien tidak beretika!

Vasquez profesional, nafi ada hubungan cinta.

NAMA peguam kepada Johnny Depp iaitu Camille Vaquez terus menjadi perhatian umum selepas dia mewakili aktor tersebut dalam kes saman fitnah bekas isteri Amber Heard.

Selain kejayaan dalam kes tersebut, ada yang mengatakan kononnya Vasquez mempunyai hubungan istimewa dengan Depp.

Menafikan dakwaan berkenaan, Vasques juga meluahkan rasa kecewa apabila cerita sedemikian menjadi bualan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Johnny Depp, Camille Vasques kini jadi rebutan firma guaman Hollywood, dibida dengan harga tinggi

"Saya rasa amat kecewa apabila ada yang melihat hubungan saya dan Depp bukan dari sudut profesional.

"Dia (Depp) berjuang untuk dirinya dan saya rasa amat sedih melihat dia di mahkamah mendengar pertuduhan yang dibuat.

"Semestinya saya akan cuba tenangkan dia seperti memegang tangan dan memberitahu bahawa kita sedang berjuang kerana dia berhak untuk menang.

"Perbuatan bercinta dengan klien adalah tidak beretika," katanya seperti yang dipetik dari People.

Mahkamah di Faifax, Virginia sebelum ini mendapati Amber membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh bekas suaminya, Depp.

Juri memutuskan Amber membayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta) kepada bekas suaminya itu. Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain