suria

Pandai Booby Wooten ‘beli jiwa’ anak Katie Holmes... Suri Cruise restu hubungan cinta ibu!

Suri restu hubungan cinta Katie dan Bobby.

HUBUNGAN cinta pelakon Katie Holmes dengan teman lelaki, Bobby Wooten sudah direstui oleh anak perempuannya iaitu Suri Cruise.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Bobby berjaya memikat hati Suri dengan melayan anak perempuan Katie seperti orang dewasa.

Malah, Suri yang kini sudah berusia 16 tahun itu juga lebih senang melihat ibunya gembira disamping Bobby.

"Katie dah kenalkan teman lelakinya, Bobby kepada Suri dan anaknya memang dah merestui hubungan itu. Bobby melayan Suri seperti orang dewasa.

"Itu yang memikat hati Suri dan senang melihat ibunya gembira. Suri berusia 16 tahun, dan dia tahu apa itu cinta dan tahu apa itu patah hati.

"Dia tahu apa yang dimaksudkan apabila dua orang berkongsi hubungan sebenar dan dia melihatnya dengan ibunya dan Bobby," kata sumber terdekat.

Dalam pada itu, hubungan Bobby dan Suri juga dikatakan semakin rapat memandangkan mereka kerap meluangkan masa bersama.

"Bobby dan Suri menjadi agak rapat kerana Katie telah membenarkan. Dia telah pergi ke rumah mereka berkali-kali, dan keluar bersama Katie dan anak perempuannya," ujarnya.

Untuk rekod, Suri merupakan anak kepada Katie dengan bekas suaminya yang juga aktor Tom Cruise.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain