suria

Masalah kesihatan jadikan hubungan Justin Bieber dan isteri lebih rapat… Sama-sama lawan penyakit

Hikmah di sebalik sakit, hubungan Bieber dan isteri jadi lebih rapat.

DI SEBALIK dugaan berhadapan dengan penyakit, isteri kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey Baldwin memberitahu apa yang berlaku menjadikan hubungan mereka lebih rapat.

Dalam masa sama, kedua-dua mereka kini lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah dan saling memahami antara satu sama lain.

“Kami pastinya sedang cuba melawan penaykit ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Justin Bieber lumpuh sebelah muka akibat diserang virus, terpaksa batalkan konsert terdekat

“Hikmah di sebalik kejadian membuatkan kami lebih rapat berbanding sebelum ini.

“Kami lebih terbuka supaya saling memahami. Kami bercakap banyak perkara penting dan menarik,” katanya seperti dipetik dari People.

Bieber sebelum ini menerusi satu perkongsian di laman sosial memaklumkan dirinya diserang sindrom Ramsay Hunt dan disebabkan itu dia mengalami lumpuh pada separuh bahagian wajah.

Sementara itu, Baldwin pula pernah dimasukkan ke hospital sekitar Mac lalu akibat diserang strok.

Berkongsi tentang perkembangan suaminya, Baldwin sebelum ini memberitahu penyanyi lagu Baby ini kini beransur pulih.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain