suria

Johnny Depp ada tempat istimewa di hati Amber Heard... Akui masih sayang sepenuh hati

Amber mengaku masih sayang bekas suami, Johnny Depp.

DUA minggu selepas kalah kes saman fitnah bekas suami, pelakon Amber Heard berkongsi dia masih menyimpan perasaan terhadap Johhny Depp.

Heard menerusi temubual NBC News berkata, lelaki itu mempunyai tempat istimewa di hatinya.

"Saya sayang dia. Saya sayang dia dengan sepenuh hati saya," katanya rancangan Today yang disiarkan pada Rabu.

"Saya tahu ia mungkin sukar untuk difahami atau mudah difahami ketika kamu pernah mencintai seseorang,"

"Saya tiada perasaan buruk atau niat buruk terhadap dia sama sekali," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Segunung bukti pun masih tak cukup lawan pengaruh Johnny Depp - Amber Heard

Pada 1 Jun, Mahkamah di Faifax, Virginia mendapati Amber membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh bekas suaminya, Depp.

Juri memutuskan pelakon Aquaman ini untuk membayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta) kepada bekas suaminya itu.

Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Untuk rekod, Heard dan Depp berkahwin pada Februari 2015 namun hubungan mereka hanya bertahan selama setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain