suria

Selepas BTS umum berehat, Jin mahu terlibat dengan program televisyen... Lebih seronok dan sentiasa ketawa

Jin pilih kerjaya yang buatkan dirinya gembira.

SELEPAS kumpulan BTS membuat pengumuman bakal berehat seketika dan memberi fokus kepada kerjaya seni secara solo, salah seorang anggotanya iaitu Jin memberitahu dia mahu terlibat dengan program televisyen.

Melihat keseronokan dalam program sebegitu, kata Jin pilihan tersebut bukan kerana dirinya popular atau kemahsyuran yang dikecapi bersama BTS.

"Saya mahu terlibat dalam program televisyen untuk membuatkan diri saya gembira.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun yang memenatkan, BTS umum rehat... Mahu fokus kerjaya solo

"Bukan disebabkan populariti yang ada tetapi saya rasakan penggambaran program seperti iti menyeronokkan.

"Saya tahu penggambarannya sangat mencabar namun ia boleh buat saya ketawa ketika berada di lokasi," katanya dalam tembual bersama Weverse Magazine.

Sementara itu Jin turut mengulas perkembangan dirinya menjadi seroang yang lebih berkeyakinan sepanjang sepuluh tahun bersama BTS.

The group says it is taking time to focus on solo projects. Photo: AP

BTS umumkan rehat dari aktiviti berkumpulan.

"Personaliti saya berubah sepanjang bersama BTS. Jika ada sebarang kerja saya rasa boleh melakukannya sekarang ini," ujarnya.

Sebelum ini, BTS menyampaikan khabar duka buat peminat bahawa mereka mengambil masa rehat dalam tempoh yang belum diketahui.

Keputusan tersebut dibuat kerana ketujuh-tujuh anggotanya mahu memberi tumpuan kepada perkembangan kerjaya seni secara solo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Jin BTS, BTS, Army BTS, BTS rehat panjang,

Artikel Lain