suria

Marshanda atasi penyakit bipolar dengan berjoget, netizen kata lebih baik solat

Marshanda berjoget untuk luah perasaan.

SERING memberi pendedahan mengenai masalah bipolar yang dialaminya, pelakon Indonesia Marshanda kali ini berkongsi cara baharu mengatasi penyakit itu.

Marshanda menerusi posting di Instagram memuat naik foto-foto dirinya sedang menari dengan gerakan yang seolah-olah meluahkan emosi.

Pelakon itu membuat gerakan dengan iringan lagu Hitchin' A Ride yang dipopularkan oleh Green Day.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Indonesia 'panas' Jefri Nichol kongsi foto cium seseorang

ARTIKEL BERKAITAN: Sering bergaduh sampai ganggu kerja, akhirnya Jefri Nichol dan Taj Belleza putus selepas 5 bulan bercinta

Dia dilihat cuba melakukan gerakan yang membuatkan dirinya berasa tenang.

Rata-rata netizen berkongsi pendapat yang mana ada yang turut melakukan perkara sama ketika berasa tertekan.

Namun ada juga beberapa netizen yang meminta Marshanda untuk bersolat dan berdoa daripada berjoget seumpama itu.

Segelintir netizen membela aktres itu yang menganggap ibu tunggal itu berhak melakukan perkara yang memberi ketenangan kepadanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain