suria

Amber Heard kesal dianggap berbohong, dibenci netizen selepas gagal saman fitnah

Heard anggap tak adil dihukum netizen.

NAMA pelakon Amber Heard dipandang buruk selepas kalah kes saman fitnah terhadap bekas suaminya, Johnny Depp.

Menerima banyak kecaman di media sosial, Heard menganggap perkara tersebut tidak adil kerana netizen terlalu mudah meletakkan hukuman tanpa mengetahui apa yang dilaluinya selama ini.

"Saya tidak kisah apa yang orang katakan tentang diri saya atau menilai hubungan perkahwinan sebelum ini. Tidak semua orang tahu apa yang telah saya lalui.

amber heard 2

Heard gagal kes saman terhadap Depp.

"Walaupun dibenci dan ada yang kata saya berbohong, anda tidak boleh anggap semua yang diperkatakan di media sosial adalah benar.

"Anda tidak boleh katakan keputusan tersebut adalah adil untuk saya," katanya seperti yang dipetik dari People.

Mahkamah di Faifax, Virginia sebelum ini mendapati Amber membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh bekas suaminya, Depp.

ARTIKEL BERKAITAN: Segunung bukti pun masih tak cukup lawan pengaruh Johnny Depp - Amber Heard

Juri memutuskan pelakon Aquaman ini untuk membayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta) kepada bekas suaminya itu.

Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Mengulas tentang keputusan tersebut, kata Heard dia tidak menyalahkan juri dan melihat penilaian dibuat berdasarkan populariti yang dimiliki oleh Depp.

"Saya tidak salahkan mereka. Dia (Depp) memiliki karakter yang disayangi dan semua orang merasakan cukup mengenalinya. Dia seorang pelakon yang hebat," ujarnya.

Untuk rekod, Heard dan Depp berkahwin pada Februari 2015 namun hubungan mereka hanya bertahan selama setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain