SELEPAS tiga tahun tidak dapat meraikan Hari Raya Aidiladha disebabkan pandemik, YouTuber terkenal Indonesia Atta Halilintar sudah pun membuat pelbagai persiapan. Menerusi video yang dikongsikan di saluran YouTube miliknya, Atta atau Muhammad Attamimi Halilintar, 28, membeli seekor lembu jenis megalodon untuk dijadikan korban. Atta dalam video itu menjelaskan sudah menjadi niatnya untuk membeli lembu bersaiz besar dan megalodon adalah yang terbaik. Atta kagum melihat lembu megalodon yang dibeli olehnya. "Ketika bukan sahaja mahu kenderaan yang bagus di dunia tetapi nak sediakan pengangkutan lebih bagus di syurga kelak," katanya. Lembu jenis megalodon itu mempunyai berat 1,194 kilogram dan menurut penternaknya, ia adalah sejenis lembu yang mempunyai daging yang padat. ARTIKEL BERKAITAN: Dua hari menghilangkan diri, kedutaan Indonesia di Amerika sahkan Marshanda sudah ditemui Apa lebih menyentuh perasaan, Atta turut melakukan akad pembelian dengan penjual kerana tahu lembu itu merupakan haiwan kesayangannya. "Lembu ini sangat bermakna buat tuan kerana ia merupakan haiwan kesayangan tuan... Bismillah, kita akad pembelian megalodon ini," katanya. Menerusi hantaran di Instagram, Atta turut meminta pendapat pengikutnya untuk memberikan nama sesuai untuk lembu tersebut. "Tolong cadangkan nama kepada lembu raksasa ini guys... semoga ia menjadi kenderaan di akhirat nanti," tulis suami Aurel Hermensyah. - Detikcom Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI