BUAT pertama kali, foto penyanyi Justin Bieber dirakam selepas pendedahannya mengenai separuh wajahnya lumpuh akibat diserang virus pada awal Jun lalu. Memetik laporan Dailymail, Justin bersama isterinya iaitu model terkenal Haily Baldwin baru sahaja pulang ke Los Angeles selepas bercuti di sebuah pulau persendirian di Bahamas pada Ahad. Foto tersebut memperlihatkan Justin memakai baju hoodie berwarna putih dengan mengenakan topi serta cermin mata hitam tanpa kelihatan wajah penuhnya. Pasangan selebriti itu meluangkan masa bersama di pulau tersebut sebagaimana Justin perlu memberi tumpuan untuk memulihkan keadaan dirinya. Pada 11 Jun lalu, Justin menerusi Instagram miliknya mendedahkan dia mengalami lumpuh separuh wajah akibat diserang virus yang dikenali Ramsay Hunt syndrome. Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Justin turut berkongsi keadaan matanya tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar untuk senyum. Penyanyi berusia 28 tahun itu memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya yang akan berlangsung dalam bulan Jun dan Julai depan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI