suria

Baim Wong kongsi detik anak sulung bersunat, tetap gementar biarpun bukan kali pertama

Baim membawa anak sulungnya menjalani proses bersunat.

SELEBRITI terkenal Indonesia, Baim Wong berkongsi detik-detik ketika anak sulungnya iaitu Kiano Tiger Wong menjalani proses bersunat.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di YouTube, Baim mengakui dia tetap berasa gementar biarpun bukan kali pertama melalui pengalaman anak bersunat.

Bagaimanapun, anak keduanya itu kelihatan bersemangat dan tidak menangis sepanjang proses tersebut dilakukan.

"Masih ada perasaan takut tapi disebabkan doktor yang lakukan sangat bagus, jadi kita berasa tenang. Cuma tetap ada perasaan was-was.

"Kiano sangat bersemangat dan tak menangis pun. Mungkin sebab dia tak tahu sunat itu apa. Kiano pun sudah selesai disunatkan.

"Prosesnya berjalan dengan lancar, bius pun tak pakai jarum suntik," kata Baim.

Sekadar info, anak kedua Baim iaitu Kenzo Dragon Wong sudah disunatkan selepas beberapa hari dilahirkan.

Untuk rekod, Baim berkahwin dengan Paula Verhoeven pada 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kiano, 2 dan Kenzo yang berusia setahun.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain