suria

V (BTS) kena kecam gara-gara meluru masuk kereta tanpa tegur peminat

V (seluar kuning) tidak menoleh ke arah peminat.

GARA-GARA tidak menegur peminat dan media yang sudah lama menunggu di lapangan terbang, salah seorang anggota kumpulan BTS iaitu V menerima kecaman hebat banyak pihak.

Menjawab mengenai situasi tersebut, V sendiri tampil memohon maaf atas perbuatan yang tidak disengajakan itu.

"Media dan Army (peminat BTS), saya minta maaf kerana terus menuju ke kereta. Anda telah tunggu saya untuk waktu yang lama," jelasnya seperti yang dipetik dari AllKpop.

Pada 28 Jun lalu, V yang baru pulang dari Paris bersama Park Bo Gum dan Lisa (Blackpink) dilihat terus menuju ke kereta selepas turun dari sebuah jet peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: V BTS pecah dua rekod, raih 1 juta dan 10 juta pengikut IG paling cepat

Ketibaan V itu dinantikan oleh peminat dan media yang sudah lama menunggu bagi menyambut kepulangan mereka.

Sementara itu dalam satu laporan lain, seorang netizen dilihat mempertahankan tindakan V dengan menceritakan situasi sebenar ketika itu.

Menurut individu berkenaan, sebelum ketibaan V, hujan turun dengan lebat dan keadaan menjadi huru-hara apabila peminat enggan berganjak daripada lokasi.

Pihak polis kemudiannya terpaksa mengambil tindakan bagi mengawal keadaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

V BTS, Army, Park Bo Gum, Lisa Blackpink, BTS

Artikel Lain