suria

Bakal bercerai minggu depan, Dewi Perssik hairan suami masih bagi duit belanja

Angga masih memberikan wang belanja buat Dewi.

PENYANYI dangdut Dewi Perssik mengakui keliru dengan tindakan suaminya yang masih memberikan wang nafkah bulanan meskipun mereka bakal bercerai minggu hadapan.

Bukan sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai suami, Angga Wijaya juga dilihat tidak ada masalah untuk duduk makan semeja dengan Dewi sebelum menjelang hari perbicaraan cerai mereka.

"Saya masih diberikan duit meski bakal diceraikan. Dia (Angga) memberikan wang belanja RM1,000 kemudian RM800 pula dipindahkan ke akaun pembantu peribadi saya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik sangkal dakwaan punca perceraian sebab masalah kewangan

Angga sebelum ini menfailkan permohonan cerai terhadap Dewi pada 20 Jun lalu dan mereka bakal melalui proses perbicaraan pada 4 Julai depan.

Meskipun terlihat bahagia dalam rumah tangga, ramai yang tidak sangka hubungan Dewi dan suaminya bakal berakhir dengan perceraian.

Dewi dan Angga mendirikan rumah tangga pada September 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Dia sebelum itu pernah berkahwin dengan penyanyi Saipul Jamil pada 2005 namun bercerai selepas tiga tahun bersama.

Dewi kemudian berkahwin pula dengan pelakon Adliansyah Taher pada Julai 2008 dan hubungan mereka hanya bertahan selama setahun. -SUARA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain