suria

Lima tahun bercinta, sumber dedah Taylor Swift sudah bertunang dengan Joe Alwyn

Taylor Swift merahsiakan status hubungannya dengan Joe Alwyn.

STATUS hubungan cinta mereka masih menjadi tanda tanya, namun tiba-tiba pula muncul khabar angin mengatakan penyanyi Taylor Swift sudah mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya, Joe Alwyn beberapa bulan lalu.

The Sun melaporkan, Taylor sudah mengikat tali pertunangan secara rahsia dan hanya dikongsi kepada sahabat terdekat pasangan itu.

"Taylor hanya memakai cincin pertunangannya di rumah dan dia sangat gembira sepanjang menjalinkan hubungan cinta dengan Joe.

"Mereka sudah beberapa bulan bertunang tetapi hanya segelintir orang yang mengetahui perkara ini," kata sumber rapat pasangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto bercium di pantai tersebar, Taylor Swift kunci mulut status hubungan dengan kekasih

Sumber lain pula memberitahu tindakan Taylor merahsiakan perkara tersebut kerana tidak mahu kisah percintaan mereka dijaja oleh pihak media apatah lagi mereka selesa hubungan itu tanpa publisiti.

"Mereka ingin menjauhkan perhubungan cinta daripada publisiti media kerana ia hanya akan membawa keburukan.

"Jika mereka ingin umumkan tentang perkara itu, tiada sebarang majalah atau surat khabar akan mendapat hak eksklusif," ujarnya.

Pasangan selebriti ini sudah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun sejak 2016 dan ia hubungan cinta paling lama untuk Taylor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain