suria

Iqbaal Ramadhan atasi fobia ketinggian, lompat dari tingkat enam tanpa stunt man dalam filem Mencuri Raden Saleh

Iqbaal tetap lakukan babak lompat dari tingkat enam biarpun fobia pada ketinggian.

SEBAGAI seorang pelakon, Iqbaal Ramadhan sanggup mengepikan perasaan takut dan fobia pada ketinggian demi menjayakana babak dalam filem Mencuri Raden Saleh.

Biarpun berdepan dengan ketakutan itu, namun Iqbaal mendedahkan dia sendiri yang melakukan babak lompat dari tingkat enam tanpa menggunakan ‘stunt man’.

"Betul (tanpa stunt man). Ikutkan memang ada dalam skrip saya perlu lompat dari tingkat enam. Tapi saya tak pernah membayangkan akan setinggi itu.

"Bila datang ke lokasi penggambaran pada hari untuk lakukan babak itu, saya tak ada perasaan apa-apa sebab fikir nak hilangkan rasa takut pada ketinggian saja.

"Pengarah ada tanya saya takut pada ketinggian ke, saya jawab la ya. Tapi apa-apa pun, saya tetap perlu lakukan seperti mana yang disuruh," katanya.

Filem arahan pengarah Angga Dwimas Saongko itu akan ditayangkan di Indonesia bermula 25 Ogos depan. - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain