suria

Bertuah betul jadi pembantu Raffi Ahmad, dapat hadiah rumah dan kereta

raffi ahmad

PELAKON Raffi Ahmad yang terkenal dengan gelaran Sultan di Indonesia sememangnya tergolong dalam kategori selebriti terkaya di negara itu.

Kekayaan yang dikumpul bersama Nagita Slavina itu bukan sahaja disimpan untuk diri sendiri tetapi pasangan itu sering berkongsi dengan golongan memerlukan.

Tidak hanya itu, Raffi juga cukup bersikap pemurah terhadap para pekerjanya dengan sering memberikan barangan mewah kepada mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering dilihat bersama, Raffi Ahmad dituduh curang dengan model

Salah seorang pembantu mereka iaitu Lala yang menguruskan kedua-dua anak pasangan itu sering menerima pelbagai hadiah mewah termasuk dibawa bercuti ke luar negara.

Pembantunya bernama Sensen pula pernah menerima hadiah berupa sebuah kereta Honda Brio.

Paling istimewa, pembantunya yang paling lama berkhidmat, Merry mendapat hadiah paling diidam-idamkan iaitu sebuah rumah bagi menghargai semua usaha mereka. - POPMAMA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain