suria

Lucinta Luna bedah buang halkum, kini mahu dikenali sebagai Ratu 9 Nyawa

Lucinta mahu tampil dengan identiti berbeza.

TIDAK pernah merasakan diri cukup cantik, selebriti sensasi Lucinta Luna sekali lagi melakukan pembedahan supaya dirinya benar-benar kelihatan seperti seorang wanita.

Terbaharu Lucinta sekali lagi menjalani pembedahan dipercayai membuang halkum dan perkara tersebut dikongsi sendiri di laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Lucinta melakukan pembedahan itu di sebuah hospital di Busan, Korea Selatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna sanggup ke Korea buat pembedahan plastik, ubah wajah seiras Lisa Blackpink

Tampil dengan imej baharu, Lucinta yang sebelum ini menggelar dirinya Ratu Keabadian kini mahu dikenali sebagai Ratu 9 Nyawa.

“Selamat tinggal Ratu Keabadian... selamat datang Ratu 9 Nyawa.

“Semenjak menjalani pembedahan pemotongan leher, rasa sakit untuk menelan makanan. Suapkan aku supaya cepat sembuh dan boleh bercakap dengan suara merdu.

“Doakan saya agar cepat sembuh dan boleh segara pulang ke Indonesia,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain