suria

Suami Dewi Perssik dituduh tumpang kekayaan isteri... Bersedia hidup sederhana selepas bercerai

Dewi dan Angga bakal cerai selepas proses meditasi gagal.

DITUDUH menumpang harta Dewi Perssik, suaminya iaitu Angga Wijaya menjelaskan selama ini dia merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan kerjaya seni isterinya itu.

Akui penat mendengar kata-kata sedemikian, Angga bagaimanapun enggan mengambil serius dan memaafkan mana-mana pihak yang sering salah anggap terhadap dirinya.

"Kalau Dewi dapat tawaran kerja, mesti ada proses perbincangan sebelum terima. Orang tidak tahu apa kerja yang saya lakukan di sebalik tawaran tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kali cerai, Dewi Perssik tak mahu imej tercalar... Suami pula menangis mengaku masih sayang

"Kalau mahu jadi saya ikutlah selama 24 jam. Biar tahu apa yang saya buat selama ini.

"Jika ada yang berkata tidak baik tentang saya, biarkanlah dan saya maafkan," jelasnya sepertinya yang dipetik dari Liputan6.

Angga yang bakal bercerai dengan Dewi juga sedia untuk kembali menjalani kehidupan sederhana selepas mereka berpisah.

"Rezeki itu sudah diaturkan. Kalau saya harus hidup sederhana berbading sebelum ini tida ada masalah. Kita yang menentukan cara untuk bahagia," jelasnya.

Angga sebelum ini membuat permohonan cerai terhadap Dewi dan proses meditasi yang berlangsung pada 4 Julai lalu menemui jalan buntu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain