PELAKON Brad Pitt mengakui dirinya berdepan kesukaran untuk mengingati wajah dan nama seseorang. Kata Pitt, 59, masalah itu dipercayai berpunca daripada penyakit dikenali prosopagnosia atau buta muka dan agnosia fasial iaitu tidak dapat mengenal muka biasa secara sedar. Meskipun tidak pernah melakukan pemeriksaan khusus daripada doktor, aktor World War Z ini yakin dirinya menghidapi penyakit itu. Menurut Pitt, masih ramai yang tidak percaya mengenai penyakit tersebut, justeru itu dia berharap dapat bertemu seseorang yang mengalami masalah sama. ARTIKEL BERKAITAN: Jual ladang anggur tak beritahu, Brad Pitt saman Angelina Jolie! "Tiada siapa yang percayakan saya. Saya harap dapat berjumpa dengan seseorang yang hadapi masalahh sama," katanya dalam satu temubual bersama GQ. Disebabkan masalah itu, Pitt berkata dia sering kali dilabelkan sebagai lelaki sombong kerana tidak dapat mengingati nama dan wajah seseorang. Gara-gara itu, dia lebih selesa duduk di rumah ketika waktu lapang kerana enggan bertemu dengan orang ramai. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI