SEBELUM ini di laman Twitter, nama watak lakonan anggota kumpulan GOT7 dalam Yumi's Cell 2 iaitu Yoo Babi menjadi perhatian sehingga trending di Malaysia. Ia dijadikan bahan jenaka oleh netizen di Malaysia sehingga ada pengguna Twitter di luar negara berasa hairan mengapa nama wataknya itu tular di negara ini. Ada yang menggabungkan gambar babi dan Jin Young dan dimuat naik di Twitter sehingga menyebabkan perbalahan dalam kalangan peminat antarabangsa. Yumi's Cell 2 sedang ditayangkan di saluran tvN. Namun 'Babi' kembali trending di Malaysia selepas episod kesembilan drama yang turut dibintangi oleh Kim Go Eun itu ditayangkan pada Jumaat lalu. Kali ini, peminat bukan lagi membahaskan nama watak Jin Young sebaliknya meluahkan rasa geram terhadap wataknya itu yang bersikap curang. ARTIKEL BERKAITAN: V (BTS) kena kecam gara-gara meluru masuk kereta tanpa tegur peminat Menerusi episod kesembilan, Yoo Babi dan Kim Yumi (Kim Go Eun) memutuskan hubungan cinta mereka. Peminat meluahkan rasa geram terhadap Yoo Babi. Alasannya, pelatih di pejabat Yoo Babi iaitu Yoo Da Eun yang dilakonkan oleh Shin Ye Eun meluahkan perasaannya terhadapnya. Peminat melahirkan rasa tidak puas hati dengan watak Yoo Babi yang dianggap tidak berlaku jujur dan setia terhadap pasangannya. Di Twitter, ia turut menjadi perdebatan apabila ramai menyatakan sebarang bentuk kecurangan tidak patut dilakukan dan kemarahan itu dilepaskan terhadap watak dilakonkan Jin Young. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI