suria

Ashanty dedah pernah gaduh besar dengan Aurel, sampai halau keluar rumah

Hubungan Ashanty dan Aurel cukup akrab.

BERGELAR seorang ibu tiri bukan perkara mudah kerana setiap keputusan dan tindakan yang dilakukan perlu dibuat dengan berhati-hati bagi menjaga perasaan anak-anak.

Itu yang berlaku kepada penyanyi Ashanty ketika berkahwin dengan Anang Hermansyah yang ketika itu seorang duda beranak dua hasil hubungan dengan Krisdayanti.

Ashanty mengakui perjalanan bersama anak-anak tiri bukan perkara mudah dan pernah beberapa kejadian menguji kesabarannya sehingga membuatkan hubungannya dengan Aurel Hermansyah berantakan.

Mengimbau kembali pertengakaran dengan Aurel, Ashanty ketika muncul dalam saluran YouTube Denny Cagur mendedahkan pertama kali dia bergaduh besar dengan anak perempuannya itu ketika Aurel mendesak ingin pergi berhibur.

27955699510646656011169925063905026076425137n

Ashanty bersama suami dan anak-anak.

Meskipun ketika itu Aurel sudah dewasa, Ashanty berkata, naluri keibuannya tetap bimbangkan keselamatannya apatah lagi dia tahu Aurel akan pulang lewat malam ke rumah.

"Ketika saya melarangnya, kami bergaduh besar tetapi ia semata-mata demi kebaikannya. Saya tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepadanya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yoo Babi trending lagi, peminat luah rasa geram tentang kecurangan dalam Yumi's Cell 2

Ashanty menambah, pergaduhan itu tidak terhenti di situ, apabila dia turut mengusir Aurel keluar daripada rumah sekiranya dia tetap berdegil.

Malah dia meminta pembantu rumah untuk mengunci semua pintu dan tingkap agar Aurel tidak terlepas keluar.

"Padahal dalam hati sedih... ibu mana yang sanggup halau anak keluar. Tapi demi kebaikannya, mulut saya terlepas dan menghalaunya keluar.

"Mujur saya suruh pembantu rumah kunci semua pintu agar Aurel tidak boleh keluar," katanya.

Bagaimanapun kata Ashanty, dia bersyukur hubungan mereka bertambah erat dan kasih sayang di antara mereka tidak berbelah bahagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain