suria

Johnny Depp fail ketepikan permohonan perbicaraan semula Amber Heard

Depp anggap permintaan Heard tidak munasabah.

SUSULAN permohan Amber Heard memohon untuk melakukan perbicaraan semula kes saman fitnah terhadap dirinya, wakil kepada Johnny Depp memberi maklum balas menuntut supaya ia diabaikan atas alasan bersifat tidak munasabah.

Menurut satu memo yang dikeluarkan, pihak Depp memberitahu menghormati mahkamah dan segala keputusan yang telah dibuat adalah berdasarkan bukti kukuh pada perbicaraan sebelum ini

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa juri ditukar, Amber Heard mohon kes fitnah dibicarakan semula

“Keputusan juri adalah sangat munasabah dan disokong oleh bukti serta testimoni dalam kes tersebut.

“Depp memohon agar mahkamah mengenepikan usul remeh Heard secara keseluruhan dan menolak permintaan peliknya itu atau sebagai alternatif memohon perbicaraan baharu dan menyiasat Juri ke-15,” ujar kenyataan tersebut seperti dilaporkan CNN.

Heard sebelum ini membuat permohon untuk melakukan perbicaraan semula atas alasan terdapat keraguan dalam senarai juri kes tersebut.

Menurut Heard individu yang hadir sebagai juri nombor 15 adalah tidak sama dengan senarai nama awal yang telah dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain