suria

3 pelanggan maut di pusat karaoke, Ayu Ting Ting pilih kunci mulut punca kejadian

Ayu Ting Ting enggan beri kenyataan mengenai punca terkait kematian tiga individu di pusat karaoke miliknya.

PENYANYI Ayu Ting Ting mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai insiden kematian tiga individu di pusat hiburan karaoke miliknya di Bengkulu, Indonesia.

Difahamkan kejadian itu mempunyai kaitan dengan minuman keras.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan ahli keluarga mangsa turut berkunjung ke pusat hiburan itu.

Ayu bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan saat ditemui media di kediamannya di Depok, Jawa Barat berhubung insiden dan dakwaan punca kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting jatuh sakit setibanya di Makkah

Sebelum itu, peguam mangsa, SA Reno Ardiansyah memberitahu Ayu Ting Ting terkait dengan tuduhan lalai sehingga menyebabkan kematian.

"Kami melaporkan Ayu Rosmalina atau Ayu Ting Ting selaku pemilik premis dan pengurusan karaoke Ayu Ting Ting Bengkulu," kata Reno.

Pihak perundangan turut meminta siasatan terhadap prosedur makanan dan minuman yang dihidangkan kepada mangsa dilakukan.

Siasatan awal mengesyaki mangsa meninggal dunia disebabkan minuman keras yang ditemui di lokasi kejadian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain