suria

BTS tampil dengan vlog secara solo, projek selepas umum berehat 

BTS tampil dengan siri vlog secara individu.

BTS bakal melancarkan siri vlog bertajuk BTS_VLOG yang akan memfokuskan kepada aktiviti anggota kumpulan itu secara individu.

Allkpop melaporkan siri vlog istimewa itu akan disiarkan setiap hari Sabtu pada pukul 7 malam waktu tempatan Korea Selatan menerusi saluran YouTube kumpulan itu.

Menerusi poster yang dimuat naik di Twitter, vlog itu menampilkan tujuh tema seperti vlog seni dan muzium, perkhemahan, masakan dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yoo Babi trending lagi, peminat luah rasa geram tentang kecurangan dalam Yumi's Cell 2

Penghasilan vlog itu adalah salah satu projek solo kesemua anggota kumpulan itu selepas mengumumkan mereka akan berehat sebagai BTS dan akan memfokuskan kepada projek solo.

Vlog pertama sudah pun bersiaran pada 9 Julai lalu yang menampilkan V memandu tanpa tujuan tertentu.

Menerusi jadual yang dikeluarkan, vlog J-Hope akan ditayangkan pada 16 Julai disusuli Jimin (23 Julai), RM (30 Julai).

Manakala vlog Jungkook akan disiarkan pada 6 Ogos, Jin (13 Ogos) dan Suga (20 Ogos).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

BTS, projek solo BTS, kpop, bintang global

Artikel Lain