suria

Atta Halilintar bagi Aurel hadiah istimewa sempena hari jadi, dah lama impi sejak sebelum kahwin

Aurel sangat gembira menerima kejutan daripada suaminya.

SEMPENA ulang tahun kelahiran Aurel Hermansyah yang ke-24, suaminya iaitu Atta Halilintar memberikan kejutan istimewa buat isteri tercinta.

YouTuber terkenal ini membuat kejutan di atas kapal mewah dan memberikan tiket percutian ke Itali untuk mereka sekeluarga.

Hadiah tersebut merupakan impian Aurel sebelum berkahwin yang pernah menyatakan hasrat mahu bulan madu di Almafi, Itali.

Namun, impiannya itu perlu ditangguhkan setelah dunia dilanda wabak Covid-19 dan berlakunya pandemik.

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar beli lembu megalodon 1,000 kilogram untuk ibadah korban

"Terima kasih banyak-banyak ya suami tercinta. Papa Ameena ini selalu extra sampai memberikan hadiah yang sangat banyak.

"Yang lebih mengejutkan adalah percutian ke Almafi, Itali yang juga merupakan impian aku sebelum berkahwin untuk bulan madu ke sana tetapi waktu itu pandemik, jadi terpaksa dibatalkan," tulisnya di Instagram.

Walaupun bukan lagi percutian bulan madu, mereka boleh bercuti bersama puteri sulung mereka iaitu Ameena Hanna Nur Atta.

Menurut Detikcom, Atta menyatakan mereka tidak terlalu lama di Itali kerana masih banyak urusan yang belum diselesaikan di Jakarta dan hanya berkunjung ke Almafi dan Rome sahaja.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain