DILIHAT keluar membeli barang keperluan bersama, bekas isteri penyanyi Tegar Septian iaitu Sarah Sheila tidak menolak jika mereka kembali berbaik dan rujuk semula. Enggan menjadikan perceraian sebagai alasan bermusuh, Sarah berkata dia berserah jika satu hari nanti ditakdirkan berkahwin semula dengan Tegar. "Secara peribadi, bagi saya masalah perpisahan bukan alasan untuk tidak berkawan. Dia bapa kepada Abidzar (anak) dan kami keluar membeli barangan anak. ARTIKEL BERKAITAN: Tegar mengaku sudah bercerai... tertekan, badan jadi kurus fikir masalah rumah tangga "Tentang kembali bersama atau rujuk semula, biarlah masa yang menentukan dan ia juga bergantung kepada keputusan masing-masing," jelasnya. Masih lagi mengunci mulut mengenai punca perceraian mereka, Sarah menolak dakwaan masalah rumah tangga mereka ini hanya sekadar gimik seperti yang diperkatakan sesetengah pihak. Dalam masa sama, Sarah memberitahu dia tidak pernah menghalang Tegar untuk terus berjumpa dengan anak mereka. Sarah tidak halang Tegar berjumpa anak. "Tak mungkin saya akan pisahkan Tegar dan anak kami. Ia seperti merosakkan kebahagian anak dan merampas haknya mendapatkan kasih sayang seorang bapa. "Masalah antara kami ini bukan gimik dan ia tidak kelakar jika dijadikan sepeti itu. Siapa yang katakan ia gimik, itu adalah kenyataan salah," jelasnya. Pada penghujung Jun, lalu Tegar mengumumkan sudah bercerai dengan Sarah selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Tegar dan Sarah memiliki seorang anak bernama Abidzar Oktaviano Putra Septian, 2 tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI