suria

Sara Ali Khan dan Janhvi Kapoor hampir maut ketika mendaki, tergantung di tebing 30 minit

Sara Ali Khan dan Janhvi Kapoor berdepan detik cemas semasa bercuti di Kedarnath.

BINTANG Bollywood Sara Ali Khan dan Janhvi Kapoor berkongsi berdepan detik cemas apabila hampir terjatuh ketika mendaki sebuah bukit di Kedarnath, Uttarakhand, India.

Ketika membuat kemunculan dalam program Karan Johar's Show: Koffee With Karan 7, Sara dan Janhvi mendedahkan mereka hampir terjatuh namun bernasib baik apabila tersangkut pada batu.

"Pada mulanya kami membuat keputusan untuk pergi ke Bhairavnath kerana di sana ada laluan pejalan kaki yang biasa. Tetapi kami mahu mencabar diri dan memilih laluan mendaki.

"Walaupun kawasan pendakian hanya dikelilingi batu, Janhvi tetap mahu mendaki meskipun pada awalnya saya kurang bersetuju dan ragu-ragu untuk mendaki," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Beli penthouse RM6.6 juta, Ranveer Singh berjiran dengan Salman Khan dan Shah Rukh Khan

Bagaimanapun kata Sara, dia tetap bersetuju kerana tidak mahu merosakkan suasana apatah lagi Janhvi bersemangat untuk melakukannya.

Bercerita lanjut mengenai insiden itu, Sara berkata, ketika tersangkut pada sebuah batu, dia berasa bimbang mereka akan jatuh ke bawah kerana batu itu bergoyang.

Katanya, mereka tersangkut selama 30 minit di tebing, sebelum pemandunya menemui mereka dan memanggil bantuan untuk menyelamatkan mereka.

Sementara itu, Janhvi pula memberitahu, pengalaman di Kedernath tidak terhenti di situ apabila hotel kos rendah yang mereka tinggal tidak mempunyai alat pemanas yang membuatkan mereka kesejukan.

"Saya ke sana membawa sehelai jaket tebal, tiga shawl, dua seluar sukan dan dua helai baju sejuk.

"Saya pakai setiap helai baju yang saya bawa tetapi masih lagi menggigil kesejukan sehingga bibir menjadi biru," katanya. - Hindustan Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain