suria

Jennie Blackpink bakal jadi pelakon, bergandingan bersama The Weeknd dan Troye Sivan

Jennie membuat penampilan sulung sebagai pelakon dalam drama bersiri di Hollywood.

SEBELUM ini media sosial kecoh dengan khabar angin mengatakan anggota kumpulan Blackpink iaitu Jennie akan bergelar pelakon di Hollywood hebat diperbincangkan.

Bagaimanapun semua spekulasi itu akhirnya terjawab apabila Jennie bakal membintang sebuah drama bersiri bertajuk The Idol.

Kesahihan berita itu juga disahkan apabila pihak HBO menyiarkan sedutan trailer drama tersebut yang turut membariskan selebriti popular lain seperti The Weeknd, Troye Sivan dan Lily-Rose Depp yang juga anak kepada aktor Johnny Depp.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut berdepan juri, Afgan cabut lari uji bakat Indonesian Idol sebab pemalu

Malah pihak HBO turut berkongsi mengenai berita gembira itu di media sosial rasmi mereka namun tidak memperincikan watak Jennie atau pelakon yang lain.

Peminat turut melahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat penampilan pertama Jennie sebagai pelakon apatah lagi untuk produksi di Hollywood.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain