suria

Akui sering bergaduh, Ariel dan bekas gitaris Noah masih kekal bersahabat

Ariel dan Uki masih boleh duduk makan semeja.

GAMBAR yang dimuat naik oleh vokalis kumpulan Noah iaitu Ariel bersama Uki yang merupakan bekas gitaris kumpulan itu menjawab spekulasi kononnya hubungan mereka berantakan selama ini.

Mengakui sering berselisih pendapat ketika mereka masih dalam sebuah kumpulan, kata Ariel ia adalah normal dan terjadi dalam mana-mana persahabatan.

“Kami sering berselisih pendapat, bermula daripada Peterpen hinggalah menjadi Noah. Tidak terkira rasanya berapa kali kami berbalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Ariel peluk, pegang paha Bunga Citra Lestari atas pentas buat peminat tak senang duduk... Siap doa cepat kahwin

“Bukan sahaja tentang muzik, malah banyak hal lain yang kami bincangkan termasuk soal pemerintahan negara dan politik.

“Perbezaan pendapat itu bagus. Tidak semua manusia akan saling setuju. Walaupun sering berdebat kami tetap boleh buat persembahan pentas bersama,” katanya.

Pada Ogos 2019 Uki membuat keputusan untuk keluar dari kumpulan Noah yang sebelum itu dikenali sebagai Peterpan.

Bukan hanya bersahabat dalam kumpulan, Ariel dan Uki saling mengenali sejak di bangku sekolah. -LIPIUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain