PENYANYI Ashanty terbuka berkongsi soal hubungan intim bersama suaminya Anang Hermansyah yang juga merupakan seorang komposer. Menjawab soalan peminat dalam satu sesi secara langsung di saluran YouTube miliknya, Ashanty mendedahkan dia dan Anang melakukan hubungan bersama tiga kali dalam seminggu. “Seminggu tiga kali. Kalau setiap hari tak enak, sepeti tidak rasa apa-apa. ARTIKEL BERKAITAN: Ashanty dedah pernah gaduh besar dengan Aurel, sampai halau keluar rumah “Ini satu pengajaran buat yang sudah berkahwin,” katanya. Anang yang turut sama dalam sesi tersebut memberitahu mereka akan tidur bersama anak-anak setiap Isnin hingga Khamis dan selebih adalah waktu berdua. Dalam masa sama, Anang menjelaskan penting buat pasangan suami isteri meluangkan masa berdua walau sudah memiliki cahaya mata. “Bagi saya meluangkan masa berdua itu sangat penting kerana itulah waktu kami bersama,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI