suria

Pakai seluar hampir mendedahkan kemaluan, peminat anggap Julia Fox pengotor

Pemilihan fesyen Julia Fox sering menjadi perhatian peminat.

MODEL yang juga bekas kekasih penyanyi rap Kanye West iaitu Julia Fox memang terkenal dengan pemilihan fesyen pelik dan mendedahkan tubuhnya.

Terbaharu pada Khamis lalu, model berusia 32 tahun ini mengejutkan peminat apabila muncul dengan seluar kulit berwarna hitam dengan potongan rendah sehingga hampir menampakkan bahagian kemaluannya.

Ramai menyifatkan seluar yang digayakan keterlaluan sehingga ada menganggap Julia sebagai pengotor dan murah kerana tampil dengan pakaian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua filem Avengers ditayangkan pada 2025

"Gaya potongan seluar yang rendah sudah kembali tetapi apa yang dipakai oleh Julia tidak masuk akal. Apa dalam fikirannya?

"Saya fikir dia seorang pengotor. Siapa yang mendedahkan kemaluannya di khalayak seperti itu?," tulis beberapa netizen di Twitter.

Sebelum ini, Julia turut mencetuskan kontroversi apabila tampil pada sebuah acara dengan memakai jaket panjang yang sedang terbakar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain