DESAS-DESUS percintaan antara penyanyi Cita Citatas dan ahli politik bernama Didi Mahardhika terjawab apabila penyanyi itu sendiri berkongsi gambar mereka berdua di laman sosial miliknya. Dalam hantaran yang dibuat itu, Cita seakan menjelaskan khabar angin yang bertebaran tentang hubungan dia bersama cucu kepada Presiden Indonesia pertama itu. "Mereka hanya mendengar apa yang mahu dengar. Jadi kami memilih tidak membuang masa untuk menjelaskan kebenaran," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Heboh gosip keluar ‘dating’ dengan ahli politik, Cita Citata dituduh perampas suami orang Pasangan ini dilihat sedang bercuti bersama dan Cita tanpa berselindung memeluk tubuh Didi dalam gambar tersebut. Sementara itu, Didi turut berkongsi gambar sama dan menerusi ruangan komen, Cita meletakkan tanda hati dan mendapat ucapan tahniah daripada peminat. Hubungan Cita dan Didi sebelum ini menjadi bualan ramai kerana lelaki itu dikatakan masih berstatus suami orang. Disebabkan itu, Cita menerima kecaman hebat netizen kerana dituduh sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang lain. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI