suria

Pindah ke Bandung, Mahalini beri bayangan bakal jadi isteri Rizky Febian

Mahalini dan Rizky dikatakan sedia bernikah.

KENYATAAN penyanyi Mahalini Raharja yang memberitahu dia bakal menjadi seorang warga kota Bandung mengundang perhatian peminat.

Kata-kata tersebut seolah-olah memberi gambaran dia dan kekasihnya iaitu penyanyi Rizky Febian yang berasal dari daerah itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

"Semoga bertemu lagi, selamat tingga semua. Saya akan jadi orang Bandung tidak lama lagi," ucap Mahalini ketika tampil membuat persembahan di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu seksi! Penampilan Mahalini semasa menyanyikan lagu kebangsaan dianggap kurang sopan

Meskipun belum setahun menjalinkan hubungan cinta, Rizky dan Mahalini dilihat serius untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.

Rizky sebelum ini pernah bertemu keluarga Mahalini dalam sebuah acara di kediaman mereka di Bali.

Dalam masa sama, kedua bapa mereka juga pernah dipertemukan ketika sama-sama meluangkan masa bermain badminton.

Hubungan Rizky dan Mahalini juga mendapat perhatian ramai kerana perbezaan agama antara mereka. -SUARA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain