BINTANG terkenal dunia, Madonna memilih untuk menghasilkan sendiri filem biopik mengenai kisah hidupnya. Perkara itu dibuat kerana Madonna enggan mendapat campur tangan daripada pihak luar terutama golongan lelaki anti-wanita atau Misogini. "Saya memiliki kehidupan luar biasa. Jadi saya yang seharusnya menghasilkan sendiri filem itu. "Ini juga langkah pencegahan supaya tiada sesiapa yang akan campur tangan lebih-lebih lagi lelaki misoginis," katanya. Penyanyi berusia 63 tahun itu turut menggalas peranan sebagai pengarah dan penulis skrip bersama Diablo Cody (Juno). ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bertahan tiga tahun, hubungan cinta Madonna dengan 'boyfriend' muda berakhir Madonna turut memberitahu filem tersebut akan diselitkan dengan unsur muzikal. "Muzik membuatkan hidup saya terus berjalan dan seni inilah yang membuatkan saya tetap hidup," ujarnya. Aktres Julia Garner dilaporkan akan memegang watak sebagai Madonna. Selain Garner, barisan nama lain seperti Florence Pugh, Alexa Demie, Odessa Young, Bebe Rexha dan Sky Ferreira. Terdahulu Madonna pernah menentang tindakan Universal Pictures yang dikhabarkan ingin menghasilan filem biopik tentang dirinya pada 2017. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI