PENYANYI dangdut terkenal Indonesia Dewi Perssik akhirnya sah bercerai dengan suaminya, Angga Wijaya pada Isnin lalu. Dewi ketika ditemui media memberitahu lega dengan perceraian itu yang sudah selesai dan berharap dipertemukan dengan pasangan benar-benar ikhlas dengannya pada masa hadapan. "Saya tidak berani kata apa akan berlaku pada masa hadapan, takut kecewa lagi pun ya. Buat masa ini, saya hanya mahu menikmati kehidupan selebihnya saya serahkan kepada kuasa Tuhan. "Jika bertemu jodoh, biarlah dapat lelaki ikhlas mencintai saya, yang benar-benar mencuri hati bukan mencuri harta saya," katanya. Sebelum ini, Dewi pernah berkahwin dengan Saipul Jamil namun rumah tangga mereka berakhir depan perpisahan. ARTIKEL BERKAITAN: Dewi juga pernah berkahwin dengan Aldi Taher pada 2009 namun pasangan itu turut memilih jalan perceraian. Dalam pada itu, Dewi berkata, dia tidak pernah merancang perceraian malah sentiasa berharap rumah tangga yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa. "Sejak dulu saya begitu selektif tapi mungkin kerana saya orangnya terlalu mudah percayakan orang lain, membuatkan saya sering gagal dalam perkahwinan," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI