suria

Diva berhati mulia! Netizen puji tindakan Krisdayanti tepis tangan pegawai peribadi halang peminat bergambar

Krisdayanti tetap ramah melayan peminat meskipun dihalang oleh pegawai peribadi.

PEMINAT industri hiburan tanah air tentu sahaja mengenali penyanyi terkenal dari Indonesia, Krisdayanti yang juga merupakan salah seorang teman baik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Baru-baru ini nama Krisdayanti hangat menjadi sebutan netizen gara-gara dia menepis tangan pegawai peribadi kerana menghalang seorang peminat untuk bergambar dengannya.

Meskipun situasi ketika itu dia dikelilingi peminat, Krisdayanti bagaimanapun tidak mempamerkan reaksi kurang selesa atau melarikan diri daripada orang ramai yang mahu bergambar.

Sebaliknya penyanyi lagu Dalam Kenangan itu terus melayan permintaan peminat yang setia menunggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti mengaku beberapa kali buat pembedahan plastik demi cantik di mata suami

Tindakan Krisdayanti melayan baik peminat itu lantas menerima pujian ramai dan rata-rata menyifatkannya sebagai artis yang tidak sombong.

"Krisdayanti memang seorang artis yang ramah dan tidak sombong terutama ketika diminta untuk bergambar bersama.

"Senyumannya tidak pernah lekang meskipun sekadar berjalan-jalan di dalam pusat beli-belah dan suka bertegur sapa dengan mereka yang menemuinya," kata peminat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain