suria

Pete Davidson terima rawatan mental trauma ‘diserang’ Kanye West

Komen Kayne (kiri) punca Pete trauma.

GARA-GARA menjadi mangsa buli siber, pelawak Pete Davidosn mengakui trauma dan terpaksa menjalani rawatan kesihatan mental sejak April lalu.

Bekas kekasih Kim Kardashian itu dikatakan tidak tahan dengan komen-komen yang sering dimuat naik oleh Kanye West yang merupakan bekas suami Kim.

"Tindakan Kanye telah menjadi penyebab kepada masalah Pete dan dia terpaksa mendapatkan bantuan," kata satu sumber seperti yang dipetik dari People.

Minggu lalu Pete dan Kim mengumumkan mereka sudah berpisah selepas sembilan bulan bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian, Pete Davidson pilih bawa haluan masing-masing selepas 9 bulan bercinta

Sejak kisah Pete dan Kim menjadi perhatian ramai, Kanye sering memuat naik status provokasi seolah-olah senjaja memburukkan Pete selain dilihat mahu memenangi kembali hati bekas isterinya.

Menurut sumber sama, masalah dihidapi oleh Pete ini bagaimanapun bukan punca dia berpisah dengan Kim.

Sebaliknya mereka mengambil keputusan untuk berpisah kerana jadual kerja yang terlalu padat selain tinggal berjauhan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain