PELAKON Ezra Miller buat hal lagi! Kali ini dia bakal berdepan dengan pertuduhan kerana didakwa mencuri beberapa botol minuman keras dari sebuah rumah di kejiranannya. Pelakon filem The Flash itu didakwa melakukan perbuatan tersebut selepas pihak polis daerah Stamford, Vermont menerima laporan pada 1 Mei lalu. Menerusi kenyataan saksi dan rakaman yang diperoleh, pihak polis mengesahkan bahawa Miller sebagai tertuduh dah bakal dihadapkan ke mahkamah pada September ini. ARTIKEL BERKAITAN: Ezra Miller buat hal lagi, didakwa bekal dadah kepada remaja bawah umur Memetik laporan TMZ, Miller melakukan perbuatan itu ketika penghuni rumah tersebut tiada di premis berkenaan. Nama Miller terus menjadi sebutan ramai tahun ini selepas beberapa terlibat dengan kes polis. Pada April lalu dia ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam di sebuah pusat hiburan dan kemudian didakwa pula atas kesalahan menyebabkan kekecohan di sebuah majlis tertutup. Pada Jun lalu, satu laporan dibuat terhadap Miller kerana memberi pengaruh buruk kepada seorang remaja bernama Tokata Irons Eyes selain turut membekalkan dadah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI