suria

Bekas suami dedah video pertengkaran Britney Spears dengan anak-anak, ambil keputusan tak mahu berhubung dengannya lagi 

Britney Spears semakin jarang menghabiskan masa bersama anak-anaknya.

BEKAS suami Britney Spears iaitu Kevin Federline memuat naik video memperlihatkan penyanyi pop itu sedang bertikam lidah dengan dua anaknya.

Minggu lalu, Kevin dalam temu bual bersama Daily Mail mendedahkan dua anak mereka iaitu Sean Preston, 16 dan Jayden, 15, mengambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan ibu mereka buat masa ini.

Sejak temu bual itu, Britney telah memuat naik beberapa kenyataan di Instagram memberitahu isu hubungan dengan anak-anaknya tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

Dalam satu hantaran yang sudah dipadam, Britney memberitahu dia berkecil hati apabila anak-anaknya enggan berkomunikasi dengannya apabila mereka datang melawatnya dan terus masuk ke bilik masing-masing.

kevin-federline-shares-britney-spears-sons-video

Kevin mendedahkan tiga video pertengkaran Britney dengan anak-anak mereka.

Penyanyi lagu Toxic itu mendedahkan Sean dan Jayden enggan melawatnya dengan lebih kerap pada musim panas dan sejak itu dia tidak lagi bertemu dengan anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat hal lagi! Kali ini Ezra Miller dituduh mencuri minuman keras di rumah jiran

Sebagai respons, Kevin mendedahkan tiga video di Instagram yang didakwa dirakam oleh anak-anaknya sendiri memperlihatkan mereka sedang bergaduh dengan Britney.

"Saya tidak boleh duduk berdiam diri dan membiarkan anak-anak saya dituduh sebegitu selepas apa telah mereka lalui.

"Meskipun ia menyakitkan, kami sepakat sebagai sebuah keluarga untuk memuat naik video ini yang diambil ketika mereka berusia 11 dan 12 tahun.

"Ini bukan perkara terburuk. Penipuan ini harus dihentikan. Saya berharap anak-anak kami membesar dengan lebih baik," tulisnya pada bahagian kapsyen hantaran itu.

Sebelum ini Kevin memberitahu punca Sean dan Jayden menjauhkan diri daripada ibu mereka selepas berasa malu apabila ibu mereka memuat naik gambar bogelnya di media sosial.

Pada 2008, Kevin mendapat hak penjagaan penuh ke atas Sean dan Jayden selepas mereka bercerai pada 2007.

Sejak itu juga, Britney membayar wang nafkah kepada bekas suaminya berjumlah US$20,000 (RM80,000) sebulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain