ANGGOTA kumpulan Padi Reborn merindui zaman bujang mereka yang mana ketika itu mereka tinggal serumah bagi memudahkan urusan merakamkan album dan mengadakan persembahan pentas. Vokalis utamanya, Fadly memberitahu kenangan itu tidak dapat dilupakan kerana pelbagai pengalaman dilalui selain beberapa karya terbaik mereka dihasilkan ketika tinggal bersama. "Yang pasti apabila kami semua bersama, idea menghasilkan lagu itu datang mencurah-curah. "Kami berlima ada idea berbeza-beza tetapi apabila bertemu kita mampu menggabungkan semua idea itu dan terhasilnya beberapa karya terbaik kami. ARTIKEL BERKAITAN: Menantu jawab isu tak seteru dengan Victoria Beckham gara-gara gaun pengantin "Alangkah indah jika dapat kembali ke zaman itu," katanya seperti dilaporkan DetikHot. Dalam pada itu, gitarisnya, Piyu memberitahu teknologi telah banyak mengubah cara kerja mereka termasuk proses mencipta lagu. Kata Piyu, kini tanpa berkumpul bersama mereka boleh menghantar draf sesebuah lagu menerusi telefon atau pun e-mel. Ditanya lagu ciptaan mereka yang paling meninggalkan kenangan, Piyu memberitahu Belum Terlambat sentiasa membuatkannya terkenang zaman tinggal serumah bersama anggota Padi Reborn yang lain. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI