PEMAIN drum Montley Crue, Tommy Lee mengejutkan 1.4 pengikut Instagram apabila memuat naik gambar kemaluannya di media sosial itu. Kejadian yang berlaku pada Khamis itu bagaimanapun tidak bertahan lama kerana Lee bertindak memadam perkongsian tersebut. Perkara itu turut mengejutkan isterinya, Brittany Furlan dan meninggalkan komen di gambar tersebut. "Ya tuhan. Apa berlaku," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Foto Separuh Bogel Lindsay Lohan Kembali Tersebar Perbuatan Lee itu bukan yang pertama memandangkan sebelum ini dia pernah kongsikan video aksi intim dengan bekas isteri, Pamela Anderson pada 1995. Pada 2019 sekali lagi perkara sama terulang apabila Lee kongsikan gambar kemaluannya di internet. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI