suria

Ranveer Singh bakal disiasat polis kerana gambar bogel

Gambar bogel Ranveer menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

GARA-GARA beraksi bogel dalam satu sesi fotografi bersama sebuah majalah digital, pelakon Ranveer Singh bakal berdepan dengan siasatan polis selepas satu laporan dibuat berhubung isu tersebut.

Menurut Bollywood Hugama, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sebelum itu membuat laporan di balai polis Mumbai atas dakwaan gambar tersebut boleh mengganggu sensitiviti kaum wanita.

Susulan laporan yang dibuat, pihak berkuasa telah memfailkan kes tersebut dan Ranveer diminta untuk hadir ke balai polis pada 22 Ogos ini bagi menjalankan siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak galak orang ramai beralih jadi vegan, Ranveer Singh diminta berbogel untuk kempen iklan

Menerusi laporan sama, pihak polis juga telah hadir ke rumah pelakon itu baru-baru ini untuk menyerahkan notis soal siasatan namun Ranveer tiada di rumah dan dipercayai berada di luar kawasan.

Kes siasatan dibuka di bawah Akta Teknologi Maklumat di India selepas Ranveer sendiri berkongsi beberapa keping gambar tersebut di laman sosial miliknya sebelum ini.

Gambar bogel yang dikongsi Ranveer sebelum ini mendapat pelbagai respons dalam kalangan peminat.

Disebabkan gambar itu juga dia menerima tawaran untuk sekali lagi menjayakan sesi fotografi bogel bagi sebuah kempen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain