AKIBAT mulut celupar, penyanyi pop terkenal Turkiye iaitu Gulsen Bayraktar Colakoglu dihukum penjara oleh mahkamah negara itu atas tuduhan menghasut dan mendatangkan kebencian ekoran tindakannya mengeluarkan kenyataan negatif dan menghina terhadap sebuah sekolah agama. Gulsen, 46, sebelum itu ditahan oleh pihak berkuasa di kediamannya di Istanbul sebelum dibawa ke mahkamah. Penyanyi seksi itu juga sempat membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjurannya menghina sekolah Imam Hatip berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Demi jayakan watak dalam filem, Andrew Garfield berpuasa dan elak hubungan seks Ketika di mahkamah, hakim turut mengarahkan Gulsen ditahan di penjara sementara menunggu siasatan terhadap kenyataan dibuat ketika berada di pentas pada sebuah persembahan April lalu. Gulsen dalam kenyataan kontroversi itu mendakwa orang yang tidak dikenali di atas pentas sebagai 'gurauan' jelas bahawa penyelewengan Erdogan disebabkan didikannya di sekolah Imam Hatip. Sekolah berkenaan membesarkan kanak-kanak hingga di antaranya menjadi pendakwah Islam dan kekal kontroversi dalam kalangan orang Turkiye sekular. Klip komen dibuat penyanyi itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan anggota kanan parti berteraskan Islam pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI