suria

Impian Rizky Febian buat konsert di KL tercapai, tiket habis terjual dalam tempoh sejam

Rizky Febian tak sabar bertemu peminat di Kuala Lumpur.

PENANTIAN penyanyi Rizky Febian untuk mengadakan konsert di luar negara tercapai apabila dia bakal hadir ke Malaysia pada Oktober depan bagi menjayakan persembahan Rizky Febian Live in Kuala Lumpur.

Rizky berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu peminat di luar Indonedia kerana mahu memperkenalkan muziknya kepada lebih ramai pendengar.

"Dari dulu saya mahu mengadakan konsert di luar negara. Selain boleh berjumpa Rizfelous (kelab peminat), saya juga boleh perkenalkan muzik saya dengan lebih meluas," katanya.

Rizky turut membuat perkongsian mengenai konsertnya di Kuala Lumpur di Instagram sambil bertanya sama ada peminat di negara ini sudah bersedia dengan kehadirannya.

RF

Tiket konsert Rizky sudah habis terjual.

"Akhirnya penantian berharga selama ini akan terlaksana. Kuala Lumpur, are you ready?," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi jayakan watak dalam filem, Andrew Garfield berpuasa dan elak hubungan seks

ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard ditawar berlakon filem porno dengan bayaran RM40 juta

Ternyata kehadiran Rizky ke Kuala Lumpur cukup dinantikan peminat apabila tiket konsert yang dijual pada 26 Ogos lalu licin dalam tempoh sejam.

Perkara itu dimaklumkan oleh penganjur konsert iaitu The Jay Events & Media dadlam satu hantaran di Instagram.

Rizky dijangka mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti Penantian Bahagia, Makna Cinta, Terlukis Indah dan Cuek pada konsert yang akan berlangsung pada 20 Oktober di Zepp Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain