PELAKON Shia LeBeouf mendedahkan dia pernah terfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya gara-gara terbeban dengan masalah kehidupan. Dalam satu temu bual di sebuah saluran YouTube, Shia mendedahkan ketika itu dia merasakan berada pada detik paling rendah dalam hidupnya sehingga terfikir mengambil nyawa sendiri. "Apa rasakan dunia seperti sudah hancur, tiada yang mahu bercakap dengan saya termasuk ibu sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya dikejarkan ke hospital selepas sahut cabaran makan pedas... netizen kata gimik untuk ‘content’ YouTube ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari dicium penyanyi pucuk muda di atas pentas, Ray Prasetya jadi buruan netizen "Pengurus saya juga tidak menghubungi saya dan saya rasa terputus dengan dunia luar. "Saya tidak mahu hidup lagi apabila perasaan itu menyelubungi diri saya. Rasa malu yang tidak boleh saya gambarkan. Saya terperangkap dan tidak boleh ke mana-maan," katanya. Shia sebelum ini dilaporkan banyak terkait dengan tindakan undang-undang yang mendorong kepada tekanan mental dihadapinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI