FILEM Liger yang mula ditayangkan di seluruh dunia difahamkan gagal mencapai kutipan sasaran. Memetik laporan Bollywood Life, selain mengenai kegagalan filem tersebut peminat turut mengkritik mutu lakonan Ananya Panday yang dikatakan kurang memuaskan. Penonton turut meminta industri untuk tidak lagi mengambil Ananya sebagai watak utama pada masa harapan. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Bollywood dakwa Kylie Jenner ciplak penampilan ikonik Sridevi "Filem ini memang tidak menyeronokkan tetapi apa yang lebih menyiksakan ialah melihat lakonan Ananya Pandey. "Tolong berhenti mengambilnya untuk berlakon dalam filem Telugu di Bollywood," kata netizen. Berbeza dengan gandingannya, Vijay Devarakonda berjaya meraih pujian dan sokongan peminat. Filem Liger diarahan Puri Jagannadh itu turut dibintangi Mike Tyson, Ramya Krishnan Ronit Roy dan Makarand Deshpande. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI