BIARPUN baru berusia empat tahun namun penampilan anak selebriti Kylie Jenner, Stormi dianggap menyerlah dan setanding fesyen ibunya.
Stormi baru-baru ini dilihat mengayakan mini gaun berwarna perak bersama beg tangan bernilai AS$1,000 (RM4,470).
Penampilan tersebut menarik perhatian peminat yang menganggap Jenner agak memanjakan anaknya sedangkan Stormi masih kecil.
ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner dituduh mencemarkan alam, guna jet peribadi untuk penerbangan 3 minit!
"Dia memang berkemampuan tetapi mungkin itu agak berlebihan dengan usianya," kata peminat.
Stormi melaram ketika bersama ibunya ketika hadir ke majlis pelancaran Kylie Cosmetics di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Beg tangan mini jenama Attico dikatakan menjadi kegemaran Stormi.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI