AKTOR Sylvester Stallone menafikan dakwaan anjing menjadi punca penceraiannya dengan isteri, Jennifer Flavin. Kata Stallone, dia dan Flavin mempunyai alasan tersendiri untuk berpisah dan bukannya disebabkan oleh haiwan peliharaan. "Kami tidak memutuskan hubungan atas alasan remeh seperti itu. "Kami hanya memilih haluan yang berbeza. Saya amat menghormatinya. Dia wanita luar biasa dan manusia paling baik saya temui," katanya yang dipetik dari TMZ. ARTIKEL BERKAITAN: Demi jayakan watak dalam filem, Andrew Garfield berpuasa dan elak hubungan seks Difahamkan Flavin tidak bersetuju dengan keputusan Stallone untuk menambah seekor lagi anjing peliharan di rumah. Bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku apabila Flavin mendakwa Stallone memindahkan aset daripada dana perkahwinan mereka yang dikongsi bersama menjadi punca perceraian mereka. Wakil pelakon filem Rambo itu kemudian menafikan dakwaan Flavin dengan mengatakan segalanya berada dalam keadaan baik dan mengatakan Stallone sangat menyanyai keluarganya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI